Friday, May 7, 2021

TOPIK 2


 Assalamualaikum & good day everyone😚💖 syukur alhamdulillah diberi peluang lagi untuk aku mengupdate dan berkarya di blog ini untuk aku ceritakan serba sedikit subtopik dalam subjek falsafah pendidik dan berkongsi pengalaman yang pernah aku alami hehe. Aku berharap semua sihat dan dapat jalankan ibadah puasa dengan sempurna, inshaALLAH. Tak lupa juga untuk aku ucapkan terima kasih kepada yang membaca dan masih menunggu karya aku. Untuk update pada kalini aku aku masuk dengan topik 2. Ada beberapa soalan yang akan aku jawab dan pengalaman yang akan aku kongsikan. 

Siapa guru terbaik yang pernah anda kenal?

(Who is the best teacher you have ever known?)

Apa kualiti yang berkaitan dengan falsafah yang menjadikan orang ini menjadi guru yang hebat?

(What qualities related to philosophy that made this person a great teacher?)

OK! dah bagi soalan kat atas ni apa yang akan aku kongsikan harini, iaitu siapa guru terbaik yang pernah aku kenal dan apa kualiti falsafah yang menjadikan dia guru yang hebat.. sebelum mula aku kongsikan siapa yang menjadi pilihan untuk guru terbaik dapat hidup aku, suka untuk aku kongsikan 2 rangkap kata-kata mutiara seorang guru:-

Guru yang baik itu mengajarkan dari hari, bukan dari buku.

Guru yang baik itu mengajar menyentuh kehidupan selama-lamanya.

Kata-kata ini sangat sesuai dan selaras untuk siapa guru yang terbaik dalam hidup aku yang akan aku ceritakan. Dialah yang telah mengajar dan mendidik aku sejak dari awal kelahiran aku di muka bumi Allah S.W.T ini sehingga ke hari ini dan sehingga keakhir hayatnya. Puan Junaidah Binti Kamaruddin iaitu ibu aku sendiri merupakan orang yang menjadi pilihan aku untuk dijadikan guru terbaik dalam hidup aku. 



Aku ada ramai guru yang telah mengajar dan mendidik aku sejak awal persekolahan aku di tadika, ke sekolah rendah, sekolah menengah tapi kenapa aku pilih ibu aku sendiri untuk jadi guru terbaik dalam hidup aku? "Guru yang baik itu mengajar dari hari, bukan dari buku" Inilah ibu aku, bukan dia yang mengajar aku di sekolah tetapi dialah yang mengajar aku di rumah. Dia telah mengajar aku setiap hari, setiap masa untuk menjadikan aku seorang manusia yang berguna. Beliau telah banyak mengajar aku untuk menjalani liku-liku kehidupan yang tidak selalunya indah. Sejak aku kecil beliau telah memberi tunjuk ajar dan menjadikan dirinya contoh yang baik untuk aku teladani. Ibu merupakan seorang yang sangat sopann santun dan menghormati orang tua. Contohnya, ibu sentiasa menegur dan menasihati aku supaya bercakap secara sopan apabila bercakap dengan orang lain terutamanya dengan golongan yang lebih tua. Ibu juga sentiasa mendahulukan orang yang lebih tua dalam apa jua perkara yang dilakukan. Daripada perbuatan itu, aku berasa kagum dan secara tidak sengaja aku turut ikut dengan tingkah laku menghormati yang ibu tunjukkan. Perkara lain yang aku perasan juga, ibu merupakan seorang yang suka menolong orang lain dan selalu berfikiran positif. Ibu menolong orang lain sebab ibu anggap bila kita menolong orang lain, bila kita memudahkan urusan orang lain, inshaAllah satu hari nanti pertolongan kita akan dibalas. Itu yang ibu selalu pesan dengan aku supaya ikhlas dan sentiasa tolong orang lain. Walaupun demikian, ibu seorang yang tegas dalam mendidik dan mengajar aku setiap matapelajaran. Semasa aku bersekolah rendah, ibu bertegas dengan mendisiplinkan aku tepat jam lapan hingga sepuluh malam aku wajib untuk buat latihan dan ulangkaji pelajaran yang telah aku pelajari pada pagi disekolah. Masatu, kalau tak menepati masa belajar, ibu akan denda. Daripada perbuatan ibu ni, ibu telah mendisiplinkan aku dalam 2 perkara iaitu menepati masa dan sentiasa mengulang kaji pelajaran. Ibu pesan, orang menilai kita dengan cara kita menguruskan masa. "Macam mana kita nak uruskan benda lain kalau masa kita sendiri pun kita tak pandai uruskan" itulah ayat yang selalu aku dengar sampaikan aku pegang kata-kata ibu dimana saja aku pergi. Harini aku berasa kagum dalam usaha ibu mendidik aku dengan menegur tentang adab dan tingkah laku, menasihati, memberi tunjuk ajar, mengasuh dan menjadi contoh untuk aku ibu berjaya mendidikan aku berasaskan elemen 3T Islamic Philosophy iaitu, Tarbiyah, Ta'dib dan Ta'lim. Ketiga-tiga ini perlulah saling melengkapi dalam mendidikan kerana setiap insan haruslah mempunyai ilmu serta diikuti dengan adab yang baik.


OK perkaitan 3T Islamic Philosophy iaitu Tarbiyah, Ta'dib dan Ta'lim dah pun aku kaitan dalam perspetif semula jadi yang ada pada guru pilihan aku. Jadi aku nak sambung pula dengan perkaitan Falsafah Barat. Falsafah barat terbahagi kepada dua iaitu tradisional dan moden. Idealisme dan Realisme dikategorikan dalam falsafah barat tradisonal, manakala Pragmatisme dan Eksistensialisme dalam kategori moden.

Menurut kepada falsafah barat, aku merupakan seorang yang realisme dan pragmatisme. Sama juga dengan ibu aku. Hehe biasalah, bak kata pepatah 'bagaimana acuan begitulah kuihnya'. OK secara ringkas realisme tu apa? Realisme ni fahaman atau ajaran yang berasaskan kenyataan. Maksudnya seseorang itu lebih percaya kepada realiti. Realisme ni juga diasaskan oleh Aristotle. Waktu dalam kelas Dr. Sof dah terangkan setiap falsafah barat ni dan dia juga suruh kenal pasti diri sendiri apa falsafah barat yang berkaitan dengan diri sendiri. Yang ada pada aku ialah realisme dan pragmatisme dan aku pun perasan ibu juga ada falsafah barat yang sama macam aku. Buktinya, ibu aku susah nak percaya sesuatu perkara dari sebelah pihak je ataupun sesuatu yang tanpu bukti yang kukuh untuk dia percaya. Ibu pun selalu pesan dekat aku, jangan percaya benda yang tak pasti takut nanti jadi fitnah. Biarkan mulut orang bercakap, kita dengar je dan jangan sebarkan. selain itu, ibu juga seorang yang tegas dan yakin dalam menyuarakan pendapatnya.  Ibu bukan seorang yang terburu-buru, sebabtu bila dia dapat info, dia akan selidik dahulu untuk pastikan kesahihan dan ketepatan info itu barulah ibu yakin menyuarakan pendapatnya. Kesannya, bila dia cakap A, jadi A la keputusanya. Jadi berdasarkan sikap yang aku perasan daripada ibu tu, aku yakin ibu juga seorang realisme sebabb ibu percayakan sesuatu berdasarkan kenyataan dan realiti. 

Falsafah barat yang seterusnya, ibu juga seorang pragmatisme. OK pragmatisme ni apa pulak kan?? Secara umumnya pragmatisme ni kepercayaan berdasarkan daripada pengalaman. Manusia dapat menjalani kehidupan yang baik berdasarkan pengalaman yang pernah ditempuhi. Atau istilah lain, pembelajaran melalui amali atau praktikal. Macam itulah ibu. Bagi aku realisme dengan pragmatisme ni dia macam berkait. Realisme tu kepercayaan pada realiti pragmatisme pulak berdasarkan pengalaman atau praktikal atau amali. Kan saling berkaitan tu. OK buktinya, bila ibu ajar aku, dia akan duduk sebelah dan tunjukkan contoh pengiraan atau contoh ayat mengikut subjek yang aku study. Cara sebegini bagus sebab aku aku nampak dan lebih mudah faham berbanding belajar teori sahaja. selain itu, ibu aku juga akan menggunakan pengalaman yang ada pada dirinya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi atau masalah orang lain. Contohnya, menasihati orang lain supaya lakukan perkara yang sepatutnya atau berhati-hati dalam bertindak. Pengalaman yang dihadapi seseorang mampu mematangkan fikiran dan tindakan dalam menjalani kehidupan akan datang. Kesimpulannya, guru terbaik dalam hidup aku, iaitu ibu aku sendiri sangat kuat dalam dua falsafah barat ini, iaitu ralisme dan pragmatisme.

Fuhh... Alhamdulillah dah habis terangkan termasuk dengan membebel dalam topik 2 ni hahah.. Ok terima kasih semua sebab setia membaca haha. InshaAllah aku akan update lagi pada topik akan datang. Tunggu ye, Stay Safe semua, byeeee💖