Tuesday, April 13, 2021

TOPIK 1.

 Assalamualaikum semua😊 semua sihat? harap semua sihat belaka & masih bersemangat lagi nak baca blog aku ye hehe. Blog ni bukan bebelan semata-mata tau tapi aku share mengenai pembelajaran pendidikan falsafah. Jadi, harap semua dapat baca tau & korang semua boleh dapat ilmu kan, dapat juga pahala saya hehehe... ok,, minggu ni kita akan masuk topik 1 dimana kita masuk pengenalan pada falsafah pendidikan. 

Antara topik kecil dalam topik 1 yang akan aku ceritakan adalah;

Mengapa saya mahu menjadi guru / pendidik?

(Why do I want to become a teacher/educator?)

Apakah kesan awal saya terhadap Falsafah?

(What was my initial impressions on Philosophy?)

Selepas tiga minggu kuliah, bagaimana saya dapat mengubah pandangan saya mengenai falsafah pendidikan?

(After three weeks of lectures, how can I change my views on educational philosophy? )



Mengapa saya mahu menjadi guru / pendidik?

"KENAPA NAK JADI GURU?" Selalu kita dengar soalan ini sejak kecil lagi. Bila cikgu tanya cita-cita nak jadi apa dan kenapa nak jadi tu? Bila dah ke peringkat universiti pula, semasa temuduga pun akan ditanya kenapa nak jadi cikgu? Jawapan yang selalu diberikan merupakan, "saya sangat berminat dalam bidang perguruan, saya juga ingin mendidikan anak bangsa menjadi insan yang berguna pada masa akan datang". Pada pendapat aku, ramai orang beranggapan menjadi seorang guru merupakan perkara yang sangat mudah. Tugasnya hanya mengajar, menanda buku latihan pelajar, menjaga semasa peperiksaan dijalankan dan menghadiri mesyuarat. Sebenarnya setaip pekerjaan yang dikerjakan ada cabaran dan ada juga kemudahannya, yang penting kita perlulah ikhlas dalam melakulan pekerjaan tersebut inshaAllah bila hati ikhlas semua jadi mudah.

Kenapa aku ingin menjadi guru? Terdapat beberapa faktor dan asbab mengapa aku memilih profession perguruan. Antaranya, aku ibaratkan seorang guru mempunyai pembelajaran sepanjang hayat. Guru dituntut untuk melahirkan generasi yang terbilang yang memenuhi Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, tugas guru sudah tentu utamanya mengajar dan mendidik murid. Apabila pembelajaran dijalankan, bukan sahaja murid yang menuntut ilmu malahan guru juga turut menuntut ilmu. Dalam hal lain guru juga belajar supaya dapat mengukuhkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengikut peredaran masa dan zaman. Memandangkan aku berminat belajar dan dengan faktor pembelajaran sepanjang hayat, jadi aku kira aku berminat untuk menjadi guru.

Seterusnya, pekerjaan sebagai pendidik ini adalah mulia menurut agama dan masyarakat.  Aku tertarik dengan perumpamaan "guru ibarat lilin". Maksudnya, guru menerangi hidup seseorang dengan ilmu yang diajar. Tanpa guru tentu tiada peguam, jurutera, pakar-pakar, doktor dan lain-lain. Menuntut ilmu pun sudah mendapat pahala apatah lagi menyampaikan dan menyebar ilmu, tentu berlipat ganda pahala sebagai ganjaran. Guru juga merupakan pekerjaan dekat dengan masyarakat sekeliling. Hal ini kerana, guru berkomunikasi dengan individu daripada pelbagai peringkat usia seperti murid, ibu bapa murid dan rakan sebaya guru-guru. Oleh itu, guru menjadi dekat dengan masyarakat kerana bukan sekadar bekerja dan bergaul dengan organisasi sendiri sahaja malahan dengan masyarakat luar.

Selain itu, seorang guru mempunyai protokol yang tinggi. Sering kita ketahui, guru mempunyai peraturan dan kod etika pakaian tersendiri. Seorang guru perlulah memakai pakaian yang kemas, bersih dan sopan supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid. Sebagai contoh , setiap guru lelaki perlu memakai kemeja dan guru perempuan memakai baju kurung atau pakaian yang sopan dan setiap hari rabu juga perlu memakai pakaian kokurikulum beruniform. Perkara ini bagus untuk menjadi contoh terhadap murid. Pakaian dan penampilan guru juga mempengaruhi emosi dan minat murid untuk belajar. Aku suka dan pasti tidak berasa bosan sebab setiap hari tukar kod baju, isnin dengan selasa pakai baju kurung, rabu beruniform kokurikulum, khamis wajib berbatik dan jumaat pakaian yang sopan.


Apakah kesan awal saya terhadap Falsafah?



Apakah kesan awal aku terhadap falsafah? sekejap. Nak duduk termenung sambil fikir haha. Pada awalnya aku pun tak faham falsafah tu apa? Jika ditanya sendiri apakah maksud falsafah? Aku sendiri tak mampu berikan jawapan sebab secara jujurnya aku sendiri kurang jelas apa itu falsafah. Sampailah masuk class Dr. Sof ajar subjek falsafah pendidikan, jadi mestilah belajar sikit-sikit maksud falsafah kan.

Secara amnya, maksud falsafah adalah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran umu dan asas. Falsafah juga merupakan satu komponen dalam perbincangan bagi pelaksaan sesuatu sistem pendidikan. Kewujudan falsafah adalah sebagai memenuhi keperluan kepada tujuan pendidikan yang telas ditetapkan supaya ia dapat digapai dan menjadi tunjang kepada pelaksaan sesuatu pendidikan bagi sesebuah negara. Antara ciri-ciri falsafah juga merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas dan tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. 

Jadi pada awalnya, aku rasakan falsafah pendidikan ini satu subjek yang biasa. Lebih jelas lagi ia merupakan subjek yang wajib ada untuk kursus pendidikan. Mula belajar falsafah pendidikan, aku rasa takut sikit dengan perkataan-perkataan atau istilah yang jarang diguna pakai. Contohnya, aksiologi, metafizik, epistemologi & banyak lagi. Yela sebab kalau dalam exam, terlupa atau tersalah ejaan ke nanti jadi salah dah jawapan tu haha. Fikiran aku macam tula. Tapi Dr. Sof cakap jangan takut dengar istilah tu semua, sebab bila belajar nanti tak ada la sesusah yang disangka. Dapat aku simpulkan dekat sini, kesan awal aku terhadap falsafah ialah aku lebih memahami maksud falsafah dan pandangan falsafah daripada ramai tokoh-tokoh yang terkemuka. Aku pun dapat tahu apa kepentingan falsafah dalam setiap perkara yang kita lakukan.


Selepas tiga minggu kuliah, bagaimana saya dapat mengubah pandangan saya mengenai falsafah pendidikan?


Hai semua, bersambung-sambung ye. Terima kasih ye sudi lagi baca blog aku ni hehe. Untuk bahagia ni, aku akan share selama 3 minggu perkuliah subjek falsafah pendidikan, apa pandangan yang aku dapat ubah  lepas 3 minggu belajar. Sebelum pergi lebih jauh aku nak share definisi falsafah pendidikan kebangsaan. Dr Sof ada bagitahu kami semua dalam kelas tempoh hari, "bila kamu semua jadi pendidik kena la tahu ye apa difinisi falsafah pendidikan negara". Jadi teringin aku nak kongsikan dekat sini untuk pengetahuan umum.

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara".

Pada awalnya, kefahaman aku dekat falsafah ni dia ibarat pegangan atau perkara yang boleh dijadikan rujukan. Seperti orang-orang yang falsafah iaitu mereka yang mempunyai pendidikan tinggi dan mereka sering menjadi tempat orang lain membuat rujukan. Kefahaman aku berubah bila dah mula belajar pendidikan falsafah. Falsafah sebenarnya perkara yang diamalkan dalam kehidupan. 

Perkataan falsafah berasal daripada dua buah perkataan yang digabungkan iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud cinta manakala sophia bermaksud hikmah. Apabila digabungkan ia menjadi 'cinta akan hikmah'. Pendidikan pula membawa maksud mendidikan atau mengasuh. Pendidikan juga mendidik manusia berfikiran secara rasional, bebas dan baik dalam menyelesaikan masalah. Falsafah dalam istilah lain ialah disiplin ilmiah mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Falsafah membentuk suatu pandangan yang sistematik dan dapat memberikan suatu pandangan hidup, serta memberi peluang manusia berfikir baik dan buruk sesuatu perkara. Setelah tiga minggu aku belajar tentang falsafah pendidikan, apa yang aku nak kongsi ialah setiap individu perlu ada falsafah dalam diri sendiri. 

Aku akan bagi contoh seorang guru la sebab aku pun dalam kursus pendidikan dan aku pun bakal pendidik inshaAllah hihi. Selama ini aku cuma faham tugas seorang guru adalah mengajar, mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada muridnya. Di samping itu, guru juga perlu belajar sendiri supaya dapat mengajar perkara baharu dalam silibus mengikut perkembangan dan peredaran masa. Boleh dipendekkan kata, aku menganggap tugas guru ini mudah kerana yang utamanya guru hanya berdepan dengan murid. Setelah tiga minggu aku mempelajari pendidikan falsafah, aku sedar bahawa tugas guru bukanlah mudah seperti sangkaan aku dan bukan hanya di dalam bilik darjah. Walaupun utamanya berdepan dengan murid seorang guru perlu ada falsafah dalam diri mereka bagi membentuk mereka sebagai guru yang berkualiti dalam mendidik anak bangsa. Seorang pendidik perlu menyiapkan diri mereka dari pelbagai aspek supaya dapat melengkapi keperluan untuk menjadi pendidik yang berfalsafah untuk mendidik murid mereka. Seorang pendidik perlu menitikberatkan elemen-elemen yang terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan supaya dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.



Monday, April 5, 2021

TENTANG DIRI SAYA.

 Assalamualaikum semua pembaca😀 Terima kasih kepada sesiapa yang sudi menyinggah dan membaca karya aku yang tak seberapa nak menarik ni. Beberapa hari lepas aku dan cerita pasal tujuan blog dannnn harini tertarik aku untuk menceritakan tentang diri sendiri hehe. Sebelum cerita, diharapkan kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, InshaAllah heheh.


Inilah yang digelar 'aku'. Nama penuh aku Izzah Ilyana Binti Mohd Radzdy, dengan nama panggil 'Nana'. Jadi, semua yang mengenali diri ini kene panggil nana. Nana sebab singkatan daripada Ilyana jadi tambah lagi Na. Jadilah nana haha. Berusia 22 tahun dilahirkan pada tanggal 25 Jun 1999. Semua orang kene ingat tau birthday aku bila sebab nanti nak claim hadiah hehe gurau jee. Tinggal dan berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Aku merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik. Mempunyai seorang abang yang sangat baik hati, suka belanja adik-adiknya. Abang aku belajar kejuruteraan aeroangkasa. Alhamdulillah sekarang dah jadi engineer hehe. Aku juga ada seorang adik perempuan yang masih bersekolah menengah tingkatan 5. 

My Lovely Family💖

Ok, sambung pasal diri sendiri la..
Aku bersekolah rendah di SK Sungai Pelong dari tahun 1 hingga tamat sekolah rendah iaitu tahun 6. Nak cerita la UPSR aku berjaya dapat 4A1B yaeyy alhamdulillah. Dulu masa tahun 1 aku suka tengok senior tahun 4 hingga 6 main hoki petang-petang dekat padang sekolah. Jadi aku tahun 5 pun aku sempat mewakili sekolah dalam permainan hoki. Bangga tau masatu sebab dapat main hoki hahaha. Aku sambung peringkat menengah aku di sekolah SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor. Jauh dari rumah jadi aku duduk asrama. Itulah kali pertama aku berjauhan dengan ibu dan ayah. Aku lalui 5 tahun sekolah menengah dengan keputusan SPM yang aku kira cemerlang. Aku mendapat 5A3B1D. dalam keputusan SPM 2016. 

Hari last SPM dan byebye sekolah...

Lepas tamat SPM, sementara tunggu keputusan keluar dan sambung diploma, aku ambil keputusan taknak duduk saja kat rumah jadi aku cari kerja sambilan dan aku bekerja sebagai pelayan restoran texas chicken. Mula-mula kerja nangis hahaha sebab tak pandai buat kerja lagi dengan orang yang ramai dengan manager yang garang. Takut! Aku rasa tekanan juga masatu tapi lepas 2 minggu dah ok, dah pandai buat kerja. aku enjoy kerja dengan kawan-kawan yang best, manager pun dan tak garang hehe. Seronok kerja restoran sebab bila waktu rehat, dapat makanan free jadi jimat duit hehe. Aku bekerja selama 4 bulan, lepas dapat tawaran untuk sambung belajar terus berenti. 
p/s: Ayam texas chicken sedap tau, ayam dia besar. Burger pun sedap. hehehe promote pulak...

Kenangan dengan pekerja texas chicken masa kami rehat.

Aku menyambung pengajian di peringkat diploma di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Aku ambil kejuruteraan elektronik komputer. Aku pun taktahu macam mana aku boleh masuk dalam bidang kejuruteraan padahal itulah bidang yang paling aku tak minat. Elektronik pula tu, lagi la tak minat. Tapi rasa masa tu happy sangat rasa tak sabar nak belajar. Walaupun tak suka tapi aku rasa ok je, aku boleh teruskan belajar. Dengan kuasa Allah yang maha membolak balikkan hati manusia. Bila dah belajar aku jadi suka dengan Elektrik & Elektronik. Sebab tu kita selalu dengar orang tua-tua cakap, jangan terlalu benci nanti sayang, jangan terlalu tak suka nanti jadi suka. Pop! terkena kat batang hidung aku sendiri dari tak suka elektrik dah jadi suka. Aku teruskan pengajian skama 3 tahun, Alhamdulillah tamat. 

Selepas tamat diploma, aku ambil keputusan untuk sambung degree.  Aku asyik la mengadu dengan sesiapa saja "nak sambung elektrik tapi taknak ambil kejuruteraan tapi nak ambil pendidikan" haha. Aku pun cuba cek dekat UPU dan aku jumpa macam apa yang aku nak, Pendidikan Vokasional (Elektrik & Elekronik) dengan kepujian. Aku mohon masatu tapi masih tak ada rezeki sebab muet tak ambil lagi. Pada mulanya aku dapat interview, tapi tak lepas sebab muet tak ada lagi. Tapi aku tak putus asa, aku ambil muet dan aku tunggu untuk permohonan bulan 12. Aku mohon dan ada rezeki, alhamdulliah sekarang aku merupakan pelajar tahun 1 semester 1 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik & Elektronik) Dengan Kepujian. InshaAllah, dengan izin Allah aku akan berusaha sepanjang 4 tahun pengajian.
 
Ok, itulah serba sedikit tentang diri ini hehe. Diharapkan semoga kalian semua enjoy baca dan tunggu pos-pos yang akan datang hehe. Stay safe everyone bye!








Friday, April 2, 2021

YOUR FOOTSTEP HERE!

 



Siapa pernah datang blog ni leave your trace here!
Any comments about this blog are all welcomed ;)



Thursday, April 1, 2021

TUJUAN BLOG.

 Haloooooooo.....👀

Hi everyone tehee😁 This is my first time buat blog!! so aku first time ada blogg!!! hahaha excited kan. Yelah before this, aku suka stalk and baca blogger yang best-best. Kadang boleh tergelak sendiri sebab kelakar tapiiiiiii aku tak pernah terfikir nak buat blog sendiri sebab fikiran aku tak BERIMAGINASI tinggi macam orang lain boleh ceritakan macam-macam and cerita dorang tu kelakar and tak bosan bila layan. Tapi aku suka bercerita, bercakap pun tak reti berhenti tapi aku taknak juga create blog sendiri:( Ehhhhh.... merapu pulak. *Cakap jelah diri sendiri yang malas nak update nanti:P*

OK takpe takpe... introduction panjang sangat😋

Back to the topic, aku buat blog ni untuk memenuhi syarat individual assignment bagi matapelajaran BBD 10102 iaitu FALSAFAH PENDIDIKAN... jadi semua kena create our personal blog and update mengenai pembelajaran falsafah pendidik. Makanya, terciptalah blogger ku yang super cute ini.. Ewahh!



SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA 😚😚😚



Semoga Izzah Ilyana mendapat A+ dalam subject falsafah pendidikan.. Aamiin..
Thank you semua doakan haha.