Monday, April 5, 2021

TENTANG DIRI SAYA.

 Assalamualaikum semua pembaca😀 Terima kasih kepada sesiapa yang sudi menyinggah dan membaca karya aku yang tak seberapa nak menarik ni. Beberapa hari lepas aku dan cerita pasal tujuan blog dannnn harini tertarik aku untuk menceritakan tentang diri sendiri hehe. Sebelum cerita, diharapkan kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, InshaAllah heheh.


Inilah yang digelar 'aku'. Nama penuh aku Izzah Ilyana Binti Mohd Radzdy, dengan nama panggil 'Nana'. Jadi, semua yang mengenali diri ini kene panggil nana. Nana sebab singkatan daripada Ilyana jadi tambah lagi Na. Jadilah nana haha. Berusia 22 tahun dilahirkan pada tanggal 25 Jun 1999. Semua orang kene ingat tau birthday aku bila sebab nanti nak claim hadiah hehe gurau jee. Tinggal dan berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Aku merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik. Mempunyai seorang abang yang sangat baik hati, suka belanja adik-adiknya. Abang aku belajar kejuruteraan aeroangkasa. Alhamdulillah sekarang dah jadi engineer hehe. Aku juga ada seorang adik perempuan yang masih bersekolah menengah tingkatan 5. 

My Lovely Family💖

Ok, sambung pasal diri sendiri la..
Aku bersekolah rendah di SK Sungai Pelong dari tahun 1 hingga tamat sekolah rendah iaitu tahun 6. Nak cerita la UPSR aku berjaya dapat 4A1B yaeyy alhamdulillah. Dulu masa tahun 1 aku suka tengok senior tahun 4 hingga 6 main hoki petang-petang dekat padang sekolah. Jadi aku tahun 5 pun aku sempat mewakili sekolah dalam permainan hoki. Bangga tau masatu sebab dapat main hoki hahaha. Aku sambung peringkat menengah aku di sekolah SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor. Jauh dari rumah jadi aku duduk asrama. Itulah kali pertama aku berjauhan dengan ibu dan ayah. Aku lalui 5 tahun sekolah menengah dengan keputusan SPM yang aku kira cemerlang. Aku mendapat 5A3B1D. dalam keputusan SPM 2016. 

Hari last SPM dan byebye sekolah...

Lepas tamat SPM, sementara tunggu keputusan keluar dan sambung diploma, aku ambil keputusan taknak duduk saja kat rumah jadi aku cari kerja sambilan dan aku bekerja sebagai pelayan restoran texas chicken. Mula-mula kerja nangis hahaha sebab tak pandai buat kerja lagi dengan orang yang ramai dengan manager yang garang. Takut! Aku rasa tekanan juga masatu tapi lepas 2 minggu dah ok, dah pandai buat kerja. aku enjoy kerja dengan kawan-kawan yang best, manager pun dan tak garang hehe. Seronok kerja restoran sebab bila waktu rehat, dapat makanan free jadi jimat duit hehe. Aku bekerja selama 4 bulan, lepas dapat tawaran untuk sambung belajar terus berenti. 
p/s: Ayam texas chicken sedap tau, ayam dia besar. Burger pun sedap. hehehe promote pulak...

Kenangan dengan pekerja texas chicken masa kami rehat.

Aku menyambung pengajian di peringkat diploma di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Aku ambil kejuruteraan elektronik komputer. Aku pun taktahu macam mana aku boleh masuk dalam bidang kejuruteraan padahal itulah bidang yang paling aku tak minat. Elektronik pula tu, lagi la tak minat. Tapi rasa masa tu happy sangat rasa tak sabar nak belajar. Walaupun tak suka tapi aku rasa ok je, aku boleh teruskan belajar. Dengan kuasa Allah yang maha membolak balikkan hati manusia. Bila dah belajar aku jadi suka dengan Elektrik & Elektronik. Sebab tu kita selalu dengar orang tua-tua cakap, jangan terlalu benci nanti sayang, jangan terlalu tak suka nanti jadi suka. Pop! terkena kat batang hidung aku sendiri dari tak suka elektrik dah jadi suka. Aku teruskan pengajian skama 3 tahun, Alhamdulillah tamat. 

Selepas tamat diploma, aku ambil keputusan untuk sambung degree.  Aku asyik la mengadu dengan sesiapa saja "nak sambung elektrik tapi taknak ambil kejuruteraan tapi nak ambil pendidikan" haha. Aku pun cuba cek dekat UPU dan aku jumpa macam apa yang aku nak, Pendidikan Vokasional (Elektrik & Elekronik) dengan kepujian. Aku mohon masatu tapi masih tak ada rezeki sebab muet tak ambil lagi. Pada mulanya aku dapat interview, tapi tak lepas sebab muet tak ada lagi. Tapi aku tak putus asa, aku ambil muet dan aku tunggu untuk permohonan bulan 12. Aku mohon dan ada rezeki, alhamdulliah sekarang aku merupakan pelajar tahun 1 semester 1 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik & Elektronik) Dengan Kepujian. InshaAllah, dengan izin Allah aku akan berusaha sepanjang 4 tahun pengajian.
 
Ok, itulah serba sedikit tentang diri ini hehe. Diharapkan semoga kalian semua enjoy baca dan tunggu pos-pos yang akan datang hehe. Stay safe everyone bye!








No comments:

Post a Comment