Thursday, July 1, 2021

TOPIK 3

 

Assalamualaikum semua😙💖 salam 1 julai. sekejap je dah bulan 7. Sekejap je dah nak habis week 14. Sekejap je dah nak final exam. Jadi harini aku akan teruskan update blog berkenaan topik 3. Topik 3 ni topik paling akhir dalam penulisan blog aku. Jadi mungkin ini yang last la aku update dan ceritakan tentang falsafah pendidikan yang aku belajar dalam kelas Dr. Sof. InshaAllah... Seperti biasa la, aku akan menjawab beberapa soalan dalam setiap topik. Sebelum mula, hehehe baru tanya khabar, apa khabar semua? diharapkan kalian semua sihat dan mematuhi SOP yang ditetapkan sebab covid-19 sekarang ni bukan biasa-biasa macam dulu.. makin bahaya, dan tolong ambil vaksin ok! harap kita semua dijauhkan daripada sebarang penyakit yang bahaya aameen.

HAVE A GOOD DAY EVERYONE =)

Aku teruskan dengan menjawab soalan-soalan dalam topik 3 ni ok. Diminta semua untuk memberi perhatian 100% dalam penceritaan aku di topik 3 ni. Hehe ok antara soalannya;

Kenali DUA perspektif semula jadi falsafah anda sendiri.
Dengan identiti ini, apakah rancangan anda untuk menjadi seorang guru dengan falsafah yang kuat?

(Identify TWO of your own natural perspectives of philosophy. 
With this identity, what is your plan to become a teacher with strong philosophy? ) 

Bagaimana anda fikir anda boleh berjaya menjadi satu?

(How do you think you can achieve becoming one? )

Kerjaya sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Mungkin ada sesetengah masyarakat yang menganggap bahawa guru merupakan kerjaya yang sangat mudah dan semua orang boleh lakukan kerana guru hanya ditugaskan untuk mengajar murid di sekolah. Oleh itu, mereka menganggap guru hanya berurusan dengan murid dimana usia sekitar 7 hingga 17 tahun di peringkat SPM. Contohnya, baru-baru ini negara Malaysia telah dikhabarkan tentang isu semasa berkenaan dengan pengambilan guru seramai 18 ribu orang yang dibuka kepada semua individu samaada mempuyai latar belakang pendidikan ataupun tidak tetapi tetap boleh membuat permohonan. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan aku, terdapat ramai juga graduan pendidikan yang tidak setuju dengan kenyataan daripada KPM itu. Hal ini disebabkan oleh, kebanyakkan mereka merasa kerjaya mereka hanya dipandang sebelah mata dan menjadi last choice untuk penganggur yang masih belum bekerja. OK aku nak mulakan dengan pendapat aku sendiri. Pada pendapat aku, untuk jadi seorang warga pendidik atau seorang guru ia bukanlah sesuatu perkara yang kita boleh ambil mudah. Bagi aku tugas seorang guru ni amat berat kerana ia merupakan amanah seorang guru dalam mendidik murid. 

Oleh itu, warga pendidik haruslah mempunyai falsafah yang kuat dalam diri mereka kerana falsafah ini merupakan perkara yang paling asas dan perlu ada dalam diri setiap pendidik. Tugas seorang pendidik bukan sahaja hanya mengajar tetapi mereka juga membentuk sahsiah keperibadian seorang murid tersebut. Ada segelintir ibu bapa menyerahkkan sepenuhnya tugas mendidik anak mereka kepada guru akibat mereka sibuk dalam urusan kerjaya mereka sendiri sehingga tiada masa untuk mengajar anak mereka dirumah. Jelaslah disini bahawa tugas sebagai seorang guru tidak semudah yang disangka dan falsafah dalam diri seorang pendidik amatlah penting bagi mencapai matlamat sebagai seorang pendidik yang mampu mendidik, mengajar dan membentuk sahsiah keperibadian seorang murid. Seorang guru yang tidak berfalsafah mungkin gagal menjadi guru yang berkualiti. Dengan adanya pegangan falsafah yang kuat melahirkan tenaga pengajar yang mampu membentuk murid yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.



Kenali DUA perspektif semula jadi falsafah anda sendiri.

Pertama sekali, aku nak kenali dulu dua perspektif semula jadi dalam diri aku. Haa... yang macam aku dah ceritakan dalam topik 2 sebelum ni, aku merupakan seorang realisme dan pragmatisme jika mengikut daripada aliran falsafah barat. Realisme adalah fahaman atau ajaran berasaskan kenyataan. Maksudnya aku seorang yang percaya pada realiti. Aku susah untuk mendengar sesuatu yang aku tak pasti kesahihannya. Bagi mengenal pasti kesahihan sesuatu perkara itu, aku akan sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat berkaitan atau menyelesaikan masalah tersebut. Seorang guru haruslah menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara dan haruslah percaya pada kebolehan diri mereka untuk mendidik murid yang juga mempunyai pelbagai jenis falsafah barat dalam diri mereka, dan aku percaya aku mampu untuk memikul tanggungjawab itu.

Seterusnya, pragmatisme juga ada dalam diri aku. Aku ulang semula apa itu pragmatisme macam yang dah aku ceritakan dekat topik 2 tu ye. OK pragmatisme ni merupakan kepercayaan daripada pengalaman. Bagi aku bila kita ada sesuatu pengalaman, ia aku jadikan kita lebih matang dan berkualiti dalam sesuatu situasi yang kita alami. Dalam konsep pembelajaran pula ia merupakan pembelajaran berdasarkan amali atau praktikal. Apabila aku sudah bergelar guru satu hari nanti, aku akan berusaha untuk memberi tunjuk ajar yang sempurna secara praktikal untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman murid semasa sesi pembelajaran dijalankan. 


Dengan identiti ini, apakah rancangan untuk menjadi seorang guru dengan falsafah yang kuat? dan Bagaimana aku boleh mencapainya?

Setelah aku dah pun kenal pasti apa 2 daripada 4 perspektif falfasah yang ada pada diri aku, jadi aku nak teruskan dengan rancangan untuk aku menjadi seorang guru dengan falsafah yang kuat. Kemudian aku akan sambung penceritaan aku dengan bagaimana aku boleh mencapainya. Seorang guru yang berfalsafah perlulah menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri dan sifat yang baik sebagai seorang pendidik. Pada perancangan aku untuk menyiapkan diri menjadi seorang guru yang berfalsafah ialah aku perlu menjadi guru yang efektif. Guru yang efektif adalah guru yang mempunyai kualiti untuk mendidik anak muridnya. Apa guru efektif tu? Guru efektif ini merupakan guru yang sentiasa bersikap positif semasa mengajar. Antaranya, tidak memilih kasih antara murid, sentiasa adil, bertanggungjawab, pandai dalam mengawal emosi dan ada banyak lagi. Ini serba sedikit ciri guru efektif yang aku sebutkan. Guru yang berkualiti seharusnya melayan semua muridnya sama rata tanpa ada sikap pilih kasih. Hal ini kerana, guru menjadi contoh yang terbaik dalam kalangan murid jadi guru perlu menunjukkan sikap yang adil kepada setiap murid. Dari sudut lain pula, jika semua murid diberi layanan yang sama rata mereka tidak akan rasa tersisih malahan mereka lebih menghormati guru tersebut. 

Seterusnya, guru perlulah bersikap profesional dalam kerjaya mereka. Profesional disini bermaksud seorang guru itu perlulah menguasai ciri-ciri dan tatacara pekerjaan dalam bidang perguruan. Contohnya, sentiasa bersedia sebelum memulakan pengajaran mereka. Aku akan menyediakan bahan atau alatan yang lengkap untuk sesi PdP di dalam kelas. Aku yakin apabila seorang guru itu mempunyai bahan mengajar yang lengkap, pasti murid akan merasa seronok dan lebih focus semasa belajar. Guru juga perlulah sentiasa bergerak aktif dan menepati masa. Sikap menepati masa ini sangat penting dalam profesion guru kerana mendidik murid merupakan amanah kepada insan yang bergelar guru. Jadi, tindakan itu tidak sepatutnya dianggap perkara yang boleh diambil mudah dan seharusnya guru melaksanakan amanah itu dengan bersungguh-sungguh. Di samping itu, setiap gerak-geri, tindakan dan perbuatan guru juga diperhatikan oleh murid dan aku percaya tindakan atau perbuatan itu akan dinilai oleh murid. Jika terdapat seorang murid yang sukar untuk menerima satu pembelajaran itu, aku akan bersikap profesional seperti sabar tanpa memarahi dalam mengajar murid itu. Hal ini kerana, aku haruslah menunjukkan sikap yang postif dan menjadi contoh terbaik kepada murid dalam mendidik mereka.  

Antara usaha lain untuk menjadi guru yang berfalsafah adalah, aku akan memandang serious dalam menitikberatkan keseimbangan JERI. Falsafah pendidikan kebangsaan juga ada menitikberatkan keseimbangan JERI. JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK. Kita dapat lihat disini bahawa keseimbangan kesemua empat elemen ini penting dalam diri seseorang terutamanya insan yang bergelar guru. Keseimbangan dalam empat elemen ini mampu menjadikan seorang individu berjaya dalam pengurusan hidup mereka. Cuba bayangkan apabila salah satu daripada empat ini terlebih, contohnya kita lebih menitikberatkan emosi tentu kehidupan seharian kita juga akan terganggu kerana mempunyai emosi yang bercampur-baur. Oleh itu, aku akan memastikan aku dapat menyeimbangkan kesemua elemen ini supaya aku dapat mencapai pencapaian aku sebagai guru yang berfalsafah dan dalam mendidik anak bangsa.

 Aku juga akan berusaha supaya mempelbagaikan konsep pengajaran dan pembelajaran supaya sesi pembelajaran menjadi lebih efektif. Contohnya, aku akan mengaplikasikan gaya pembelajaran secara langsung atau tidak langsung. Pembelajaran secara langsung merupakan pembelajaran secara formal di dalam kelas, yang berintegriti dan tidak berpisah dimana kesemua pelajar itu hanya berpusatkan seorang guru. Lebih jelas lagi, hanya seorang guru sahaja yang mengajar atau memberi penerangan di dalam kelas. Berbeza dengan pembelajaran secara tidak langsung iaitu pembelajaran secara bebas dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Pembelajaran tidak langsung ini berkenaan dengan nilai dan sikap. Pembelajaran tidak langsung membolehkan murid melakukan aktiviti dalam kumpulan mereka sendiri. Malahan, murid juga boleh memberi tunjuk ajar kepada rakan yang lain. Aktiviti ini pasti dapat mengasah lagi bakat atau ilmu pengetahuan yang ada dalam diri murid tersebut. 

Tidak dilupakan juga, aku akan menerapkan falsafah islam 3T yang telah aku pelajari dalam kelas Dr. Sof iaitu, Ta'dib, Ta'lim dan Tarbiah. 


Di dalam Islamic Philosophy terdapat 3 aspek iaitu Tarbiah, Ta'dib dan Ta'lim. Ta'lim bermaksud "knowledge" , Ta'dib pula bermaksud akhlak dan Tarbiah merupakan cara didikan. Berdasarkan gambar diatas, dapat kita perhatikan bahawa Tarbiah boleh dikatakan aspek penting dalam konsep 3T kerana mengasuh, mendidik dan memelihari adalah aspek yang paling utama.   Konsep 3T ini perlulah dipupuk dan diterapkan dalam diri sebagai seorang Guru sebagai satu persiapan memenuhi ilmu pengetahuan yang mencukupi supaya berada dilandasan yang benar dan menuntut serta memberi ilmu dengan keredhaan Allah SWT. Sebagai seorang guru perlulah mempunyai akhlak yang mulia dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik. Hal ini kerana, usaha yang berterusan dan kepatuhan dalam melaksanakan perintah Tuhan penting bagi memantapkan lagi falsafah dalam diri seseorang individu. Oleh itu, aku akan menyeimbangkan ketiga-tiga konsep ini supaya lebih mendapat keberkatan daripada Allah SWT dalam usaha aku menjadi seorang guru yang berfalsafah.

Apa yang dapat aku simpulkan adalah, tugas seorang guru bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi menjadi seorang guru yang berfalsafah. Seorang guru perlulah menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal mereka untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya dan berdedikasi. Sebagai diri aku sendiri, aku juga sedang belajar dan sedang dilatih untuk menjadi seorang guru kelak. Tak semudah yang disangka, tapi InshaAllah, jika kita usaha kita akan dapat, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Doakan diri ini menjadi seorang pendidik yang berjaya satu hari nanti dan dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama. 

Sampai setakat ini saja perkongsian aku. Aku rasa teruja and happy sangat setiap kali update blog hehehe. Macam diari kita kan😛 Terima kasih Dr. Sof telah mengajar subjek falsafah pendidikan ni dan memberi tunjuk ajar dalam tugasan blog ini. Dannnn akhir sekaliiii, terima kasih semua sudi membaca perkongsian dan penceritaan aku. Doakan kejayaan kami semua dalam final exam tak lama lagi hehe. Bye... Assalamualaikum💖



Thanks for reading!




No comments:

Post a Comment